PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN YANG SEMAKIN TERHAKIS

 

PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK) YANG SEMAKIN TERHAKIS

Nor Zoarifah binti Izhar


Pengenalan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)


     Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu(PRPM) di dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa maksud yang terperinci bagi perkataan falsafah adalah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.Manakala bagi maksud untuk perkataan pendidikan pula adalah perihal mendidik.Seterusnya bagi makna perkataan kebangsaan pula adalah perkara yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan dan dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara.Oleh yang demikian,dapat disimpulkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) membawa maksud sebagai suatu garis panduan yang lengkap dan sempurna yang menjadi asas pembentukan sistem pendidikan dalam negara ini yang merangkumi satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dikatakan sebagai suatu garis panduan yang lengkap dan sempurna kerana mempunyai kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang merangkumi tiga perkara penting iaitu bentuk pendidikan,proses pendidikan dan matlamat pendidikan yang telah menerangkan secara terperinci setiap daripada fungsinya.Oleh yang demikian melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat menjadi asas utama dalam melonjakkan negara ini kearah membentuk sebuah sistem pendidikan yang baik yang mempunyai prinsip dan nilai-nilai yang mana dapat dijadikan untuk memperkembangkan lagi potensi murid sehingga mencapai ke tahap yang cemerlang di dalam kehidupan.



Faktor-faktor yang menyebabkan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)  semakin terhakis


     Faktor-faktor yang mempengaruhi penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menyebabkan ianya semakin terhakis adalah kerana yang pertama disebabkan oleh amanah dan tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul oleh setiap warga pendidik dan yang kedua pula adalah kerjaya guru sebagai kerjaya profesional yang mencabar.Bagi menghuraikan faktor yang pertama iaitu amanah dan tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul oleh setiap warga pendidik adalah kerana guru lah orang yang pertama yang mendedahkan pendidikan awal iaitu pendidikan secara formal kepada para pelajar.Pendidikan formal mempunyai reka bentuk untuk memperkembangkan lagi ilmu dan kemahiran dan mengambil masa yang lama bagi para pelajar untuk menghabiskan silibus serta pembelajarannya berbentuk seragam dan berjadual yang disusun secara sistematik dan teratur mengikut perancangan yang telah ditetapkan.Tugas menjadi seorang pendidik pada dasarnya adalah bukan satu tugasan yang senang.Hal ini kerana, memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi demi memastikan setiap anak didik mendapat pendidikan yang sempurna dalam kurikulum dan kokurikulum di sekolah.Tugas guru dianggap semakin hari semakin bertambah apabila seseorang warga pendidik tidak benar-benar menghayati prinsip dan nilai-nilai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) semasa menjalankan tugasnya.Hal ini demikian kerana,Amanah dan tanggungjawab yang dipikul dianggap satu bebanan yang berat yang mana akan menyebabkan fokus dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan terganggu.Oleh yang demikian,pastilah guru tidak dapat membuat persediaan yang baik sebelum memulakan pengajaran dan akan mengakibatkan proses bagi memperkembangkan lagi potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu akan terbantut.

     Seterusnya,bagi faktor yang kedua pula ialah kerjaya guru sebagai kerjaya profesional yang mencabar.Bagi menjadi seorang warga pendidik yang serba lengkap dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dicapai jika tidak memahami konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dengan sebetulnya.Hal ini kerana,untuk menjadi seorang guru yang berjaya memerlukan kefahaman yang baik dalam bidang kerjaya yang diceburi,minat yang mendalam dan jiwa yang dipenuhi dengan semangat cinta akan kerjaya.Tambahan lagi,gurulah insan yang berperanan untuk membimbing dan mendidik anak bangsa dengan membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis ke arah memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada aspek lain yang terabai.Hal ni demikian kerana keseimbangan adalah faktor utama dalam membentuk kesejahteraan diri pelajar yang menitikberatkan nilai-nilai baik seperti bersyukur dengan nikmat yang diberi dan saling bantu-membantu antara satu sama lain bagi membolehkan kehidupannya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar.Oleh yang demikian,guru yang gagal mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dengan baik dalam kehidupannya akan menganggu gugat matlamat falsafah tersebut.



 Kesan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) semakin terhakis

  

   Banyak kesan yang dialami apabila penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) semakin terhakis.Hal ini kerana Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) merupakan satu perancangan yang baik dan lengkap meliputi keseluruhan aspek yang dapat dijadikan bimbingan terpenting kepada para guru.Antara kesannya yang pertama ialah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) itu sendiri tidak akan dapat dicapai dengan baik.Manakala yang kedua mutu dan kualiti pembelajaran hanya pada tahap memuaskan dan yang ketiga pula adalah nilai-nilai baik tidak dapat dipupuk sepenuhnya kepada para pelajar.

     Merujuk kepada kesan yang pertama iaitu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) itu sendiri tidak akan dapat dicapai dengan baik.Hal ini demikian kerana,tujuan utama falsafah ini dikeluarkan dan digubal menjadi panduan utama dalam sistem pembelajaran di sekolah.Apabila para guru tidak dapat memahami kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dengan cara yang sebenar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan bersifat tidak sistematik dan bercelaru.Hal ini adalah disebabkan pelaksanaannya tidak mengikut proses yang diberikan seperti bakat dan potensi dikembangkan secara berasingan yang mana akan menyebabkan para pelajar keliru dan tidak dapat memperkembangkan dengan baik setiap potensi dan bakat yang terdapat dalam diri sendiri.

     Manakala,kesan kedua ialah mutu dan kualiti pembelajaran hanya pada tahap memuaskan.Apabila warga pendidik tidak dapat menguasai bidang kerjayanya dengan baik maka pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan di dalam bilik darjah akan dapat menimbulkan permasalahan.Sebagai contohnya masalah yang akan muncul adalah para pelajar tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru yang mana akan menyebabkan hasil pembelajarannya menjadi merosot dan tidak dapat mencapai tahap yang cemerlang di dalam akademik.Tambahan lagi kekurangan ilmu pengetahuan dan kemahiran juga akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara tidak lancar dan tidak tersusun kerana bersifat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

     Seterusnya kesan yang ketiga pula iaitu nilai-nilai baik tidak dapat dipupuk sepenuhnya kepada para pelajar.Jika para guru tidak dapat menghayati matlamat pendidikan yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) seperti berketerampilan,berakhlak mulia dan bertanggungjawab akan menyebabkan terbentuknya para pelajar yang tidak mengaplikasikan nilai-nilai yang baik ini di dalam kehidupan mereka.Hal ini disebabkan oleh,guru adalah ‘role model’ di sekolah yang boleh dicontohi dan diikuti oleh para pelajar kerana pembelajaran mengenai nilai-nilai baik adalah secara tidak langsung dan bersahaja.Sebagai contohnya, para pelajar akan mengamalkan apa yang dilihat di depan mata mereka.Oleh yang demikian pastilah akan mencacatkan proses pembangunan modal insan yang berguna kepada para pelajar.    

 

 

 

 

 

Comments