Cabaran Pelaksanaan Dasar pendidikan
I.
Integrasi Nasional
Ø Integrasi
Nasional dalam Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk
Melayu, Bumiputera, Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah
menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan
dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk
menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Demi mengurangkan jurang
sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang
harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai
dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan.
Ø Cabaran
dalam mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di negara kita, kerajaan
mengalami berbagai-bagai halangan. Perbezaan budaya dan agama mengakibatkan perbezaan
kefahaman dan budaya dalam membentuk sistem perpaduan. Hal ini kerana Perkara 3
dalam Perlembagaan Malaysia menggariskan bahawa agama rasmi negara Malaysia
adalah Islam. Namun, penganut agama yang lain dibenarkan untuk mengamalkan
ajaran agama masing-masing dalam kesejahteraan dan keharmonian dan perkara 11
menyatakan warganegara bebas menganut dan mengamalkan budaya dan agama
msing-msing tetapi konflik antara agama turut berlaku dalam masyarakat tidak
kira isu yang dibawa oleh penganut bukan Islam mahupun penganut Islam
sekalipun. Isu negara Islam, hukum hudud, laungan azan, penggunaan nama Allah
dalam Bible versi bahasa Melayu, tanda halal pada makanan dan premis
perniagaan, dan sebagainya memberi impak yang berpanjangan terhadap perspektif
dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Ini semua berlaku akibat Dasar
Pecah dan Perintah British, perbezaan penempatan geografi mengikut sumber
pendapatan etnik, sistem pendidikan dan Bahasa penggantar yang berbeza di
sekolah dan penglibatan ekonomi dan politik mengikut kumpulan etnik. Jika
perkara ini dibiarkan semakin lama perpaduan terhakis dalam diri masyarakat
majmuk di Malaysia.
Ø Memupuk
Integrasi Nasional melalui Dasar Pendidikan Pendidikan memainkan peranan yang
penting dalam proses menyatukan semua kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan
dapat membentuk modal insan yang berkembang secara holistik dari segi jasmani,
emosi, intelek dan rohani. Oleh itu, pelbagai langkah telah diambil oleh
Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersemangat
patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk menjadikan Malaysia negara
yang cemerlang.
Ø Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah antaranya ialah Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza, Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni dalam semua mata pelajaran, Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003. Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan dan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah diperkenalkan objektifnya. Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah. Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama-sama secara maksimum.
II. Pendemokrasian Pendidikan
Ø Pendemokrasian pendidikan
merujuk kepada kesamarataan peluang semua orang yang mana melibatkan peruntukan
kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang
direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di
samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan
pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur
pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih
tinggi. Kerajaan juga memastikan Pelajar Pendidikan Khas diberi tumpuan
berdasarkan sistem yang sama dengan pelajar normal/biasa. Usaha kerajaan
dinyatakan dalam Dasar Pendidikan seperti pendidikan wajib dan percuma untuk
sekolah Rendah,Menengah, Sekolah Vernakular, Sekolah Teknik, Sekolah
Persendirian dan Sekolah Pendidikan Khas. Kerajaan juga menyediakan pengajian
tinggi untuk orang ramai meneruskan pembelajaran supaya melahirkan rakyat celik
minda. Pelbagai Dasar dan program dibantu kerajaan seperti Skim Bantuan,Skim
Pinjaman Buku Teks, Pelan Makanan Tambahan dan sebagainya bagi golongan
berpendapatan rendah.
Ø
Cabaran Kerajaan perlu
memastikan pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar tanpa mengira latar
belakang etnik, status sosioekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar dari luar
bandar mempunyai hak untuk mengunakan infrastruktur dan kemudahan yang
disediakan kerajaan seperti di sekolah bandar dan mereka juga perlu diajar oleh
guru terlatih dan berkualiti bagi mencapai kecemerlangan. Guru memainkan
peranan dalam merealisasikan matlamat pendemokrasian pendidikan ini.
III.
Globalisasi dalam
pendidikan
Ø
Kesan terhadap pendidikan. Penggunaan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. Peluang untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan
universiti telah ditubuhkan. Penekanan dalam pembelajaran dan penilaian
dalam penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK). Internet sebagai
sumber maklumat dan komunikasi. Peranan guru-guru di dalam kelas lebih
kepada pemudah cara. Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran
dan dapat melahirkan pelajar-pelajar mampu bersaing dalam pasaran buruh
global. Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi. Pembelajaran
sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan.
Ø Globalisasi kepada pendidikan kian mencabar dan proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia perlu disesuaikan dan perlu mengikut arus kemodenan supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran yang perlu dihadapi adalah keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu diaplikasikan mengikut era masa kini. Melahirkan pembangunan identity pelajar kearah generasi yang progresif dan dinamik. Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan atas factor beban kerja lain selain daripada mengajar mereka menguruskan hal ehwal murid dalam pelbagai aktiviti termasuk kurikulum. Ada juga setengah sekolah yang masih menggunakan sistem tradisional tanpa mengikut pembelajaran secara global.
IV.
Cabaran dalam menghadapi arus
perubahan dasar
Ø Untuk menuju kearah status
pendidikan Negara maju.Pemerintah berperanan dalam mencorakkan masa depan
pendidikan Negara. Melalui pendidikan dapat melahirkan insan yang berdaya saing
dan mampu membangunkan ekonomi negara. Suasana politik Negara berperanan dalam
pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah yang memandang bahawa pendidikan
merupakan asas kepada pembangunan Negara perlu di kekalkan. Pemerintah yang
sentiasa berusaha memikirkan cara membangunkan sektor pendidikan dengan meperkenalkan
pelbagai dasar demi pembangunan pendidikan Negara. Keperluan mengekalkan
pemerintah yang pentingkan soal pendidikan amatlah digalakkan, dan menjadi satu
cabaran untuk mengekalkan suasana politik seperti hari ini. Pihak-pihak yang
sengaja menggangu sistem pendidikan untuk kepentingan peribadi perlu dielakkan
supaya apa yang dihasratkan dan diaturkan oleh kerajaan selama ini tidak
menjadi sia-sia. Kerana hasrat kerajaan pada masa sekarng sudah menampakan
hasilnya saban tahun. Sistem pemerintahan yang berubah-ubah mengikut
pemerintahan menyebabkan dasar juga turut bertambah dan berubah-ubah.
V.
Cabaran dalam mengekalkan
kestabilan politik,ekonomi dan sosial
Ø
Kestabilan politik
memainkan peranan penting untuk kemajuan dunia pendidikan. Suasana yang aman
dan penuh harmoni menjadikan segala perancangan yang dilakukan satu persatu
dasar yang dilaksanakan mencapai hasratnya yang mengikut piawaian matlamat.
Sebagai contoh lihat di negara luar seperti Amerika Syarikat yang sentiasa
bergolak dengan sistem politik dan suasana ini segala perkara yang ingin
dilaksanakan tergendala termasuk sistem ekonomi,pendidikan malah sosial.
Pembunuhan dan keganasan serta pemberontakan diserata tempat yang menyebabakan
pelabur-pelabur dan segala perkongsian ekonomi dengan negara luar ditarik balik
atau tidak mendapat sambutan.
Ø
Seterusnya dalam ekonomi
pendidikan kita hari ini mengekalkan status quo ekonomi Negara pada tahap yang
terbaik adalah salah satu peningkatan kemajuan ekonomi Negara dan sekaligus
dapat membantu untuk pembangunan sector pendidikan Negara. Banyak
infrastruktur, kemudahan diberikan dan keselesaan seperti bantuan diberikan
kepada golongan tidak berkemampuan. Dari segi cabaran adalah persaingan dengan
negara lain untuk membentuk sistem ekonomi yang berasaskan teknologi,
pengetahuan yang memerlukan pemikiran dan tenaga kerja mahir yang mampu
bersaing pada peringkat tempatan dan global. Oleh itu, KPM menyediakan program
pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara berilmu pengetahuan,
celik IT, berkemahiran, berakhlak mulia untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Ø
Manakala dalam sector
sosial sering disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata
terdiri daripada mereka dikalangan kanak-kanak dan remaja yang masih belajar
tidak kira di institusi tinggi atau sekolah. Terlalu banyak isu sosial
berkaitan isu ponteng sekolah, merokok, minuman keras dan pembuangan bayi. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada
sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang perkembangan pendidikan
secara positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya. Dari
hari kesehari ia membiak bak kudis buta
yang tiada berkesudahan pada dunia
pendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu
ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari ini.
Dasar yang digubal bertujuan untuk mendisplinkan atau kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan atau perkhidmatan. Dasar tersebut untuk keharmonian, keadilan, penambahbaikkan dan pemantapan dalam sector swasta. Dasar perlu dilakasanakan dengan teliti dan sistematik supaya apa yang dilakukan mencapai matlamatnya. Dasar yang terpesong daripada matlamat atau tidak dapat direalisasikan dengan baik akibat sistem politik dan pemerintah yang berubah-ubah menyebabkan lambakan dasar dan dasar ini digubal dari kalangan kumpulan pentadbiran elit dan ahli politik tanpa golongan professional seperti guru-guru dan pihak yang bertanggungjawab yang pernah mengguruskan sekolah. Antara dasar pendidikan yang tidak dapat direalisasikan mengikut matlamat ialah:
Comments
Post a Comment